Muzik memberi jiwa pada alam semesta, memberi sayap pada akal, lalu menerbangkan imaginasi
Alatan Pukulan
Bunyi-bunyian yang mana sifat serta sumbernya terhasil melalui proses pukulan atau hentakan.
Dagu
Dagu adalah merupakan generik untuk dua model drum dalam orkestra. Satu, berbentuk seperti pasu bunga (dikenali sebagai Huapengu) manakala satu lagi dengan asas yang luas (dikenali sebagai Datanggu atau Ganggu). Datanggu ini bergema dengan nada yang lebih rendah daripada Huapengu, dan menghasilkan bunyi yang lebih tebal, tetapi kurang terang daripada Huapengu. Kedua-dua gendang ini biasanya digunakan dalam orkestra Cina tetapi komposer jarang tahu perbezaan antara kedua-dua gendang ini. Dagu mempunyai badan yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai permukaan diatasnya yang diperbuat daripada kulit lembu. Dagu digantung oleh empat kaki pada bingkai kayu, permukaan yang mengukur sekitar satu setengah Chi (Chi adalah kira-kira satu pertiga daripada meter. Dagu ini mempunyai watak yang kuat dan sangat ekspresif, sering mendahului dalam pertayangan orkestra secara berkumpulan. Penggunaan bunyi Dagu ini amat popular di angin dan perkusi berkumpulan asli.
Paigu
Paigu adalah merupakan drum Cina yang biasanya datang dalam empat set kakinya, berlima, berenam atau lebih dan ditala ke bunyian yang diingini. Gendang Paigu ini datang dalam saiz yang berbeza-beza dan biasanya gendang kecil menguasai bunyian yang lebih tinggi. Gendang Paigu ini berbentuk bulat dalam setnya dengan kepala drum yang mempunyai diameter yang berbeza serta disusun dalam deretan bingkai logam yang boleh dilaras dalam pelbagai saiz.
Luo
Luo merupakan sebuah gong Cina yang terdapat di dalam beberapa saiz yang tersendiri. Kebiasaanya Luo ini berbentuk bulat dan cembung dengan bahagia tepiannya berpaling ke arah belakang. Luo ini datang dalam pelbagai saiz dan boleh dimainkan secara tunggal ataupun berkumpulan. Biasanya instrumen Luo ini digantung di rak walaupun terdapat sesetengah Luo yang bersaiz kecil diletakkan di tangan. Gabungan gong dan gendang (Luogu) adalah perkara biasa dalam muzik Cina dan mempunyai notasi tersendiri (Luogujing).
Muyu
Muyu atau Mokugo juga dikenali sebagai ikan kayu di tokong-tokong Cina. Ia adalah merupakan instrumen perkusi kayu. Muyu digunakan oleh sami-sami dan orang awam dalam tradisi Mahayana Buddha. Ia sering digunakan semasa ritual biasanya melibatkan bacaan sutra, mantera, atau teks Buddha lain. Muyu banyak digunakan terutamanya oleh pengikut Buddha di China, Jepun, Korea, dan negara-negara Asia Timur yang lain di mana amalan Mahayana, seperti membaca upacara sutra, adalah lazim. Dalam kebanyakan tradisi Zen / Ch'an Buddha, Muyu berfungsi untuk mengekalkan rentak semasa sutra dilaungkan. Dalam agama Buddha, ia digunakan apabila melaungkan nama Amitabha. Ulama Tao juga turut menggunakan Muyu di dalam upacara ritual mereka.