Muzik memberi jiwa pada alam semesta, memberi sayap pada akal, lalu menerbangkan imaginasi
Alatan Kordofon
Alat muzik kordofon ialah alat muzik yang dimainkan menggunakan cara petikan. Ini bermaksud setiap alat muzik ini menggunakan tali yang direngangkan. Antara alat-alat muzik kordofon ini adalah :
Gambus
Gambus atau qanbus (Bahasa Arab: القنبوس ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.
Rebab
Rebab ialah alat muzik tradisional kaum dari Afganistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi. Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya.
Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Rebab banyak digunakan dalam muzik di Afghanistan. Selain itu, rebab juga digunakan gamelan dan muzik mengiringi Mak Yong, Main Puteri, dan Selampit di Malaysia dan Indonesia.